Want your
own Fotopage?














 
Wan Noor
يَا مُقَلِّبَ اْلقُـلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ
By: Wan Noor Wan Ahmed

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 4-Aug-2009 17:40 Email | Share | | Bookmark
Amiiin..

Lama betul tak update cerita2 terkini. Almaklum sajalah, macam2 benda berlaku recently. Ok la, aku mulakan dengan beberapa cerita

1) Motivation talk

Baby attended the motivation talk by Dr Fadzilah Kamsah at Broga.. Haha, we didnt even know where's the place. Luckily, just near Semenyih



* with Dr Fadzilah Kamsah




* tiba2 ternampak Isman (Kumpulan Nasyid HIjjaz), apa lagi.. bergambar la ngan dia gak..


Since all of us (Kak Ni, Kakak, Ayu and me) menyibukkan diri hadir ke majlis pendaftaran kursus motivasi ni, so kitorang join la sekali sessi ibubapa ni. Sessi ni lain daripada yg lain. Biasanya sessi ibubapa untuk kursus motivasi agak boring, tapi Dr Fadzilah Kamsah berjaya menarik minat kami agar tidak boring dengan memotivasikan kami jugak.. hehe..




* tu dia nota Kak Ni. hebat la..


2) Konsert UNIC di Kajang




* haha, kasi la kredit kat anak sedara aku ni (ayu) untuk bergambar ngan UNIC


3) Attended Tg Nurlina's Wedding



* Hanya Wat dan aku yg boleh hadir, tapi tak pa la kan.. hehe, hadiah tu best sangat. Tq Nolee


4) Anak2 sedaraku



* Abe, Jannah, Hadi, ALong, Munirah, Hidayah


5) One step ahead

Alhamdullillah, I am moving to another department after 1 year plus known as 'Coach' .. huhu

Care to comment?


Friday, 15-May-2009 13:17 Email | Share | | Bookmark
Let the pictures talk

After waiting for soo long, and finally I was able to join a Palestin awareness session called Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) on 9/5/2009 at PWTC, Kuala Lumpur. There were 3 key panelist (Dr. Muhsin Saleh, Dr Azzam al-Tamimiy and Dr. Roslan bin Mohd Nor) who were presenting their research about The Zionist Agenda. The words that I cannot even forget forever from Dr Azzam al-Tamimiy was 'You all here are not to cry for Palestinians, but you are here to spread the messages to Muslims all over the world. Allah will always help us at any time. Believe it ! He always watching us..' This session has been clicked my mind that "what we’re going to do? Are we just going to sit there? Nice and cosy on our armchairs, Will we not even make a prayer?". -Think. Think. Action-

Let the pictures talk

Around 3000 peoples were attending the Palestin awareness session



Syidah and me




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Next Plan

- Classes at JB and KL (from 16/5 until 12/7)



Care to comment?


Friday, 13-Mar-2009 02:15 Email | Share | | Bookmark
Perginya Seorang Pejuang Agama

Allahu akbar. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Pada (3 Mac 2009), Abg Tar menghembuskan nafasnya yang terakhir di Taman Melawati, Kuala Lumpur dikelilingi sanak saudara. Aku turut berpeluang bersama arwah di saat2 terakhirnya. Arwah kemudian dibawa pulang ke Kelantan untuk disemadikan di sana. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.

Memandangkan aku memang rapat dengan arwah semenjak kecil, masuk UTM, keje kat UTM walaupun untuk 8 bulan sahaja. Kemana-mana sahaja, aku bersama arwah dan Kak Ni yang kuanggap bagaikan ayahku dan ibuku. Terlalu banyak kenangan bersamanya. Kusematkan segala nasihat-nasihat arwah mengenai kehidupan di dunia mahupun akhirat sebagai pedoman untuk diri. Arwah juga tempat rujukan kami sekeluarga mengenai hal ehwal ekonomi/politik Islam. Ya Allah, tempatkan Abg Tar di syurga dan semoga dia tenang di sana. Aminn.

Namun, hidup perlu diteruskan. Kak Ni and anak-anak, semoga semuanya tabah dan cekal untuk meneruskan kehidupan ini. Ingat janji Allah, orang-orang beriman akan ditemukan kembali di sana. Insya Allah.

Berkongsi video nasyid dari Sami Yusuf yang bertajuk Asma Allah. Sungguh mulia dan cantik sifat2 Allah. Nah, kepada siapa lagi kita harus serahkan cinta jika bukan padanya. Teringat satu petikan ayat 'membisik bujukan penawar bersakti, apa lagi nak ku gusar, cinta Nya tak pernah gagal hadir di kala ku sepi di kala ku bersedih'



Asma’u ALLAH the Names of GOD

Raheem MERCIFUL
Kareemun GENEROUS
Adeem MAGNIFICENT
Aleemun ALL-KNOWING
Haleem FORBEARING ONE
Hakeemun PERFECTLY WISE
Mateen FIRM ONE

Mannan BENEFACTOR
Rahmaanun BENEFICENT
Fattah OPENER
Gaffarun GREAT FORGIVER
Tawwab ACCEPTER OF REPENTANCE
Razzaqun SUSTAINER
Shaheed WITNESS

Allahuma salli ala Muhammad wa ali Muhammad
O GOD send Your Peace and Blessings on Muhammad and his family

Ya Muslimeen sallu alayhi
O Muslims send your peace and blessings upon him

Allahuma salli ala Muhammad wa sahbi Muhammad
O GOD send Your Peace and Blessings on Muhammad and his companions

Ya Mu’mineen sallu alayhi
O Believers send your peace and blessings upon him

Lateef SUBTLE ONE
Khabeerun ALL-AWARE
Sami’ ALL-HEARING
Baseerun ALL-SEEING
Jaleel SUBLIME ONE
Raqeebun WATCHFUL
Mujeeb RESPONSIVE
Gafuur ALL-FORGIVING
Shakuurun APPRECIATIVE
Waduud LOVING ONE
Qayuumun SELF-SUBSISTING ONE
Ra’uuf KIND
Sabuurun PATIENT ONE
Majeed MOST GLORIOUS ONE


Allahuma salli ala Muhammad wa ali Muhammad
O GOD send Your Peace and Blessings on Muhammad and his family


Ya Muslimeen sallu alayhi
O Muslims send your peace and blessings upon him

Allahuma salli ala Muhammad wa sahbi Muhammad
O GOD send Your Peace and Blessings on Muhammad and his companions

Ya Mu’mineen sallu alayhi
O Believers send your peace and blessings upon him

Allahu Akbar GOD is THE GREATEST
La Ilaha illa hu There is no GOD but ALLAH
Al Maliku The SOVEREIGN LORD
Al Quddusu The HOLY ONE
La Ilaha illa hu There is no GOD but ALLAH
Arrahmanu The COMPASSIONATE
Arraheem The MERCIFUL

Allahu Akbar GOD is THE GREATEST
Ya Rahman irham da’fana
O COMPASSIONATE, have mercy upon us

Allahu Akbar GOD is THE GREATEST
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana
O GREAT FORGIVER, forgive our sins

Allahu Akbar GOD is THE GREATEST
Ya Sattaru ustur uyubana
O CONCEALER, conceal our faults

Allahu Akbar GOD is THE GREATEST
Ya Mu’izu a’izza ummatana
O BESTOWER OF HONOUR, value our Ummah (nation)

Allahu Akbar GOD is THE GREATEST
Ya Mujibu ajib du’aana
O RESPONSIVE, grant us our supplication

Allahu Akbar GOD is THE GREATEST
Ya lateefu ultuf bina
O SUBTLE ONE, be gracious to us





That's all for now. Al-fatihah buat Arwah Mokhtar Mohed Bin Abdul Latif.

semoga abah berada di sisi org2 yg mulia Thu 19-Mar-2009 10:18
Posted by:ulwan ------@yahoo.com
abah....i luv u....... Thu 2-Apr-2009 08:52
Posted by:aku  - [Link]
Abah was the best, bak kata mami So there's no regrets. Kitorang sgt redha sebab dia tinggalkan dunia nie dalam keadaan yang sgt baik dan beriman. By the way, datang la jenguk-jenguk saya punyer page ---> http://iman-07.fotopages.com/ Wed 22-Apr-2009 16:55
Posted by:Kakak yang cantik ahaks
View all 4 comments Add comment


Thursday, 12-Feb-2009 01:15 Email | Share | | Bookmark
Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya

" Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
[Al-Baqarah: 212]

Entri kali ini dimulakan dengan tafsir surah di atas. Tersirat sungguh ayat-ayat dariMu Ya Allah. Dan sesungguhnya, marilah kita sama-sama berusaha agar termasuk dikalangan mereka yang bertaqwa. Jomm kita fikirkan dan buka minda bahawa rezeki itu tidak terhad kepada satu-satu perkara sahaja. Classic case normally saying 'money' is everything. But, believe me. It's NOT. BIG NO NO... Allah letakkan kita di satu-satu tempat bersesuaian dengan keadaan kita & kemampuan kita untuk menangani segala masalah/dugaan yang datang. Orang kata 'Otak ada.. akal ada, pikir la sendiri'. Ada benarnya kata-kata itu, tapi jangan lupa bahawa Allah sentiasa ada sebagai rujukan utama kita semua. Amin.

Hai.. lama sungguh tak update.. apasal la aku ni malas sangat nak update blog ni. Ada dalam sebulan tak jenguk blog sendiri. Sori ek kawan2. Terpaksa letak komitmen pada famili + kerja + studi on top sekarang ni.

Ok la. Aku ni actually baru je balik dari ofis ni. Macam biasa, aku stay kat office tu dalam 10++ jam setiap hari. Meeting kuar masuk.. Tak henti2. Best + Seronok. Tapi, walaumacammanapun.. aku rasa macam nak mengadap komputer lagi. Hahah, so apa lagi. Terus on laptop and bukak my favourite website. Plus, nak tengok gambar engagement Wawa.. So, jom kita tengokkkkkkkkk... Teacher Wawa dah engaged last 26 Jan 2009. Ni site Hasnul (tunang Wawa)
http://hasnulefendi.blogspot.com/2009/01/my-engagement-day.html. Tapi, aku nak steal few pictures from there.. Jangan marah aa Hasnul







Tahniah Wawa. [special from Cik Wan with love].. hihi. Lepas kawen esok, kita dah tak buleh sembang2 macam dulu2 dah.. huhuhu..

Harini dapat call dari La, kawan baik aku since 1st day masuk UTM. Kitorang still lagi keep in touch sampai sekarang walaupun Laa dah kawen and pregnant skang ni.. Heheh.. Tahniah La..

Baru-baru ni jugak, aku ada join reunion, bertemu Dr Zaitul Akmal yang ku anggap lost contact since 1997. Hahah, tahun 2009 baru jumpa balik.. Tu pun selepas dia balik dari UK dan dah bertugas kat PPUM KL. Banyak la cerita ceriti yang kami kongsikan bersama.. Zai ni kawan aku yang saaangat bijak. Since Form 1 lagi aku perasan otak dia ni lain sikit. Bijak pelik je.. Bila kitorang bincang dalam 1 group, idea2 dia sangat bernas dan terjangkau dengan fikiran aku ni. Haha. Ke aku yang slow skang ni? No wonder la, dia layak jadi doktor sekarang Alhamdulillah. Bercakap dengannya sungguh tenang. Hikmah join usrah la ni.. Dan, satu lagi.. Ida dapat offer lecturer kat IKM Johor. Jauh la, susah nak jumpa Ida dah So, pertemuan kali ini dianggap macam Jejak Kasih dengan Zai dan Selamat Tinggal Kasih dengan Ida.






Update pasal Umi sikit, she is getting better.. Alhamdulillah. Semoga semuanya selamat dan dengan itu, Lambaian Kaabah semakin kuat memanggilku ke sana.. Amiin. I'll be there. Insya Allah.

Lastly, terima kasih buat sahabat/teman sejati, Syidah dan Chik (ku anggap mereka ini sebagai ahli keluarga) yang banyak menyokongku dalam apa jua keadaan. Love u all..

thanx cwan..sayanggg cwan..ala dh kwen pon leh sembang2 lg ape..dont wori.. Fri 27-Feb-2009 03:01
Posted by:wawa
saya nak tumpang tanya, boleh tak tanyakan kat kawan awak yg nama ida tu, di ikm jb ada tak lecturer IT? thanks. Thu 18-Jun-2009 06:11
Posted by:shima the_silver_blue@yahoo.com
Actually sy bukan kat IKM Johor..pandai2 jer Wan Noor..sy jd lecturer kat Politeknik Muadzam Shah ler Mon 22-Jun-2009 23:51
Posted by:Eida_Mickey
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 7-Jan-2009 07:44 Email | Share | | Bookmark
Surrender your heart to Him coz He's always there for you

1. Kita & Palestin

Sedih dengan apa yang berlaku pada saudara2 kita di Palestin sana. Marilah kita refleksi diri masing-masing. Apa yang kita telah lakukan untuk membantu mereka ini? Jauh di sana, mereka menderita .. Mereka sengsara kerana mempertahankan agama.

Last week, sempat aku hadiri Forum Intifadha Palestin bersama Syidah dan adiknya. Banyak input diperolehi dari forum ini disamping menjana minda supaya lebih peka dengan keadaan semasa dan mencari peluang untuk sama-sama membantu mereka yang kurang bernasib baik di dunia ini, namun di akhirat sana mereka sebenarnya jauh lebih beruntung daripada kita.

Muadz turut menyampaikan nasyid kegemaran aku [http://www.imeem.com/iluvislam/music/aYlPLwaa/muadz_hijrah/]

Muadz - Hijrah

Innamaa al-akmal binniati
Wainnamaa likullim riim manawaa x2

Chorus
فمن كانت هجرته الى الله ورسوله
Faman KanatsHijratuhu Ilallahi Wa Rasulihi
قهجرته الى الله ورسوله
Fa hijratuhu Ilallahi wa Rasulihi
ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها
Wa man kanat hijratuhu li dunyaa yusibuhaa
او امراة ينكحها
Aw'imra’atin yankiHuha
فهجرته الى ما ها جر اليه
Fa hijratuhu ilaa ma-aa-haajara ilaihi

Amalan mulakan dengan niatmu
Dengan hatimu kau berhijrah kepadanya

Chorus

Whatever you do, begins with your intentions
Lead your heart leads the way for your migration

Faman Kanats hijratuhu ilallahi wa Rasulihi
Fa hijratuhu ilallahi wa Rasulihi

And if the whole world let you down
left you crying all alone
change your intention
and surrender your heart to him

Say and believe
Face the world
The only one for you (the only one for me)
The only one for you (the only one for me)
He's always there for you

He's always there for you..
Haajara ilaih..


Saya bersetuju dengan pendapat Ust Zaharuddin di mana 'kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.' Jom kita teliti artikel dari beliau http://www.zaharuddin.net/content/view/789/72/

Ust Nik Abduh juga turut bersama merungkaikan isu ini http://nikabduh.wordpress.com/2008/12/31/kita-dan-palestin/. Katanya 'Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.'

2. Tahniah

Tahniah sekali lagi buat semua kawan-kawan yang telah selamat diijabkabulkan sepanjang 2008 ni. Tak larat nak list down semua nama-nama, namun aku sentiasa mendoakan semuanya berbahagia selamanya. And, tak lupa buat Ana yang dah selamat bersalin, dapat baby girl. Comel baby dia, macam mama dia gak Tahun depan, turn La dan Efie pulak .. hehe

3. New Year [2009]

Revise semua perkara yang tertangguh + bakal dilaksanakan. Insya Allah, semoga semuanya dipermudahkan. Aminn... Basically, ianya mencakupi beberapa isu utama (My beloved family & friends, My work, My study, My dream)

4. Birthday

Happy Birthday buat my brother [Wan Muhammad Nidzam Wan Ahmed]

Setakat itu sahaja buat masa ini memandangkan keadaan diri yang kurang sihat. Namun begitu, sakit hati dengan kekejaman Israel tidak membataskan aku untuk terus meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Weekend ni adalah penentu kejayaan cita-cita yang selama ini diidam-idamkan. Insya allah. Preparation belom lagi sepenuhnya siap. Perlu observe dan pratice to make it perfect.

Rehattt ...

Care to comment?


Sunday, 14-Dec-2008 15:35 Email | Share | | Bookmark
Ujian Keimanan

Maaf seandainya blog ni dah lama tidak dikemaskini. Bersawang rasanya.. Too many things happened recently actually. Really sorry coz memang tak sempat nak update blog ni.. Ok la.. sebelum terlambat, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.. MAAF ZAHIR & BATIN BUAT SEMUA..

And, again.. Allah mendatangkan ujian buat kita agar lebih kuat menghadapi hari-hari mendatang. Mungkin ini juga ujian keimanan terhadapNya.



I just came back from looong holiday.. Sepanjang 2 minggu ni, aku menghabiskan masa di kampung menemani Umi meneruskan rawatan perubatannya di Homoepathy Dr Nik Omar.

"Ummi, Allah sentiasa mendengar doa kita. Kuatkan hatimu Umi".

Pintaku pada Umi sebelum mencium tangannya pagi tadi. Ya Allah, hope everything would be fine. Matanya menahan sebak dan air matanya tak dapat tertahan lagi. Aku sangat fahami perasaannya sambil menggenggam erat jari jemarinya. Jika suatu ketika dulu, dialah yang memberikan kekuatan buatku, dialah menjadi idolaku dan dialah segala-galanya.. maka begitulah sepatutnya kita melayani ibu yang telah banyak menabur budi & berjasa buat anak-anaknya. Ya Allah, kuatkanlah hati-hati kami semua.



Bagiku, aku tak boleh menunjukkan kelemahanku di depannya. Dia yang menanggung perasaan itu, aku tak sepatutnya membebankan dia lagi dengan tangisanku. Hanya doa yang menjadi teman karibku.. Insya Allah.. semuanya akan kembali seperti biasa.

Terkilan juga rasanya bila berada berjauhan dari Umi, tak dapat aku menghabiskan masa-masa indah bersamanya. Love U, Ummi.. Seandainya tiada aral melintang, aku pasti akan pulang ke kampung setiap hujung minggu .. Itu janjiku. Insya Allah. Aku dapat merasakan kini kenapa aku berkeras 100% untuk menolak peluang melebarkan kerjayaku di suatu tempat yang agak jauh dari tanah air. Ramai juga terkejut dengan keputusanku, namun aku begitu yakin kini dengan keputusan yang telah aku ambil itu.

Maghrib tadi, sempat aku menadah telinga mendengar kuliah sambil drive kereta dari Kelatan. Terngiang-ngiang ayat keramat ini.. "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Al-Baqarah : 286) .

Banyak perkara yang tersirat dari ayat di atas. Insya Allah, semua ujian hidup ini akan kulalui dengan tabah. Yes, of course I CAN.

Nasyid dari Muadz.. Sekali lagi aku nak display kat sini buat renungan,

''And if the whole world let you down, Left you crying all alone, Change your intention, And surrender your heart to him''

Would like to share doa Al-Ma'thurat. Marilah kita sama-sama mengamalkan Al-Ma'thurat ini, semoga dengannya kita beroleh kebahagian di dunia dan juga di akhirat.

Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (Nama) Mu; hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat) Mu; serta badan yang ringan menyempurnakan keta'atan kepada (perintah) Mu; Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyu', ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap; (Ya Allah) kurniakanlah kami (Din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka; kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri, atau menyembah selain dari Engkau sendiri; kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami; Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah)



Sebelum terlupa.. SELAMAT HARI LAHIR BUAT WAN SYAHIDA WAN ABDULLAH..

yup...tumpang sedey tuk tok mi..but i do hope so she'll be fine...better sooner or later..insyallah..syang tok mi gak...harap tok mi cepat sembuh Sun 4-Jan-2009 13:30
Posted by:digazzet cardselamber@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 29-Oct-2008 00:53 Email | Share | | Bookmark
I feel good...

Again.. TQ to Kak Ni.. She gave me lots of advise..
I become more confident now and no matter what happen, remember Allah..
Dia tentunya mendengar segala rintihan kita dan memayungi kita dengan rahmat dan kasih sayangNya.. Amin..

Syukur Ya Allah..

Feeling easy and light is always Allah’s blessing on us. May Allah bless us and help us in all good and bad times and never direct us in any wrong path or difficult exams as we have not enough power to bear and not good enough to fulfill His wish.



The Quran is beautiful. It's the words of Allah (swt) to us. Betul.. Bila kita lebih lama mendekatkan diri kepadaNya, kita pastinya akan merasakan ada suatu kuasa luarbiasa dalam diri dan seterusnya memangkin diri untuk terus bersemangat.




Kadang-kadang, kita mudah lupa dan merasakan sesuatu yang berlaku itu di luar kehendak kita. Namun begitu, ini adalah salah satu cara untuk muhasabah diri dan sekaligus memberikan hikmah kepada kita. Take it as POSITIVE.

sLEep.. That's all for today.. Nitee

Assamualaikum. Saya, Ariza, adik bongsu MH atau Muhd Haikal. Abang saya meninggal dunia subuh pagi semalam selepas solat subuh, di atas sajadah, setelah tiga tahun hidup tidak seperti manusia akibat menanggung cinta manusia yang tidak dibalas. Kami sekeluarga mohon maaf andainya ada perkara yang tidak menyenangkan daripada abang saya terhadap kakak selama mengenali kakak. Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan roh golongan syurga. Yang benar, Ariza. Wed 12-Nov-2008 01:03
Posted by:MH wings_74@ymail.com
Ariza, terima kasih di atas makluman mengenai abang adik. Al-Fatihah buatnya dan ingatlah, Allah lebih menyayangi dia. Insya allah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aminn.. Wed 12-Nov-2008 05:38
Posted by:wan wann_297@yahoo.com
dear ariza n family...
moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah MH...sya pn nk mtk maap klo ada kta2 sya buat arwah trase...
xsangka yea...bru nk mengenali arwah...rasa cm kehilangan someone yg bru nk jalinkan ukhwah...ada hikmah di sebalik
pemergiaannya...insyallah arwah tenang di sana...
wassalamu...

moste...tq inform me...tumpang sedey
Thu 13-Nov-2008 05:09
Posted by:digazzet
View all 10 comments Add comment


Sunday, 26-Oct-2008 13:44 Email | Share | | Bookmark
Suddenly...

25 Oktober 2008 [1 pagi] @ Kajang

Ntah apa yang menyerang aku lately.. tiba2 rasa nak berenti keje.. aduhh.. Ya Allah, please help me...
Ke mana hilangnya semangat aku selama ini... Please come back.. Huhu

Dengar nasyid ni rasa tenang je.. betul la kata Muadz ni..

''And if the whole world let you down
Left you crying all alone
Change your intention
And surrender your heart to him''


Pulang kepadaNya Yang Maha Esa, semoga diberkati dan dirahmati.. Kuatkanlah semangat.

Tiba2... tanpa dirancang, aku plan ke rumah Kak Ni di JB utk 'berehat' pagi esok...


25 Oktober 2008 [7.30 pagi] @ Kajang

Mula packing barang2 dan ajak Abe Nije balik JB sama-sama. Tapi, decision dia berubah last minute. Katanya, tak sihat.. Alamak eii.. takpa la.. Aku keraskan ati untuk ke JB jugak. 'I'm gonna drive lonely along the way to JB'. Cuak jugak sebenarnya.. Tapi, orait la.. nak release tension.. Kuatkan hati jugak..

Dalam pukul 8.30 pagi aku bertolak dari Kajang sebaik sahaja isi petrol. Bismillahirrahmanirrahim... Semoga dipermudahkan perjalananku, Ya Allah..

25 Oktober 2008 [11 pagi] @ JB

AKu tawakkal sahaja.. Dalam pukul 11 pagi, aku tiba di Skudai.. Alhamdullillah.. Pegi amik Ayu kat UTM, beli food utk makan lunch dan terus balik ke rumah. Tak sempat aku nak jumpa Abe Tar kat hospital.

{Berehat}

26 Oktober 2008 [9.30 malam] @ JB

Rasa ada kekuatan sikit untuk kembali ke ofis esok pagi. Insya Allah, Semoga dipermudahkan segalanya.. AMin..



AKu akan bertolak awal pagi esok, jangka sampai KL dalam pukul 9.30 pagi. Pukul 10 pagi nak masuk keje.. Insya Allah..

Lagu ni best, rancak.. boleh pujuk ati yang sedih2.. hehe.. 'Cerita Hati from Hafiz Hamidun'
* Note: tak ada kene mengena ngan sapa2 ni..

'Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta'

Saudari mcm ada masalah BESAR antara kerjaya dan kehidupan. Hard work never killed anybody, but why take a chance? Thu 30-Oct-2008 03:58
Posted by:MH
MH..cakap sedap ah...klo kna dlm diri 2 sndiri bru rasa..biasa ah tu menghadapi konflik diri..dlu kan pnah blaja subjek KH...hahaha...

we never appriciate our life if we never have problems which some of dat 'gift' from Allah dat we never realize...
Tue 4-Nov-2008 07:48
Posted by:digazzet cardselamber@yahoo.com
Hahaha..tol juga kan. Biar dia berhadapan dgn masalah, barulah dia dapat pengalaman dan seterusnya membentuk wan noor yang sihat dan kuat, seperti baru minum Milo....hahahaha Wed 5-Nov-2008 01:01
Posted by:MH wings_74@ymail.com
Add comment


Wednesday, 8-Oct-2008 13:04 Email | Share | | Bookmark
AIDILFITRI 2008



Alhamdulillah.. Ramadhan telah berlalu.. Semoga pemergiannya membawa 1000 pengertian.. Aidilfitri menjelma.. Singkaplah tabirnya dengan 1000 kesyukuran.

Aku berehat di kampung selama 2 minggu .. Yeay.. Syukur, banyak benda yang boleh dibuat.. Selama ini memang aku memasang niat untuk buat 'something' kat rumah. Tapi, masa tidak mengizinkan untukku membuat semua itu. Namun begitu, impian aku tercapai kali ini.. Alhamdullillah..

Jom tengok stori sepanjang raya kali ini.. [gambar to be updated soon] Tunggu.....

1. Sambungan dari minggu2 hectic sebelum balik raya
- After presentation kelas Multimedia, aku ke Terminal Bukit Jalil untuk hantar Kakak (anak sedaraku). Basnya pukul 11 malam.

2. Kami bertolak dari KL ke Kelantan pada 28 Sept tepat 5 pagi. Tapi, miracle sungguh balik raya kali ni takda sangkut tengah jalan. Sempat smayang Subuh kat Kuala Lipis jam 6.30 pagi.. Huhuhu.. Caya la abang aku.. Sampai Kelantan dalam jam 10 pagi.. Kalo nak compare ngan tahun2 lepas, perjalanan kami memakan masa selama 13 jam.. Masak duduk dalam kete tu..

3. Sesampainya kat Kelantan, aku terus diajak oleh ibuku dan abang ke rumah jiran.. Dan petang tu, kami adakan majlis berbuka puasa ramai2.. Semua ahli keluarga hadir kecuali keluarga Kak Ni & A.Tar.. Lebih kurang 25 orang dalam majlis berbuka puasa.. Heheh..

4. Kak Ja suggest p shopping kat Rantau Panjang keesokannya.. AKu? hheheh.. Orait je... Kitorang ke Rantau Panjang selama 5 jam.. Huhu.. Shopping sakan.. Teman kakak aku beli baju utk anak2 sedara.. Best22

5. Umi buat lagi Ketupat tahun ni.. Bestnya... tapi, tak banyak sangat pun.. dalam 4 kg je.. Orait la tu, untuk makan kami anak beranak je.. Bukan buat open house pun.. Kitorang beropen house kat rumah Nenek kat Kg Laut

6. First day Raya pada 1st October.. Kami semua bersembahyang di Masjid Beijing dan bertemu kawan2 lama, jiran2 dalam majlis yang sungguh tenang.. Alhamdulillah.

Kemudian, terus rushing ke Kg Laut, rumah Nenek..

Sayangnya.. tahun ni tak sempat nak pegi rumah Tuan Guru Nik Abd Aziz

Kesimpulannya raya tahun ni sangat besttt...

7. Kami ke Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Tok Guru, Nik Amar kat Markaz Pas..




8. Pegi kenduri Kak Su


tengok Ayu buat jahat pada abe ipar dia


9. Kami bertolak pulang ke KL pada 6th October ikut Terengganu.. Singgah rumah tokei, Efie kat Gong Badak.. Makan2 + Sembang2 + Jalan2


Mi posing depan Istana Badariah, Terengganu.. Caya laa.. siap masuk istana kali ni.. Heheh


Tunggu Efie semayang Asar.. Posing sat


Posing lagiii....

Dalam jam 9 malam baru kami bertolak pulang ke KL.. Heheh.. Sampai KL dalam pukul 2.30 pagi..

Habis la cerita raya kali ini..

Alhamdulillah..


Release gak la tension kepala... Sekurang2nya, macam baru charge bateri ...

huhuu...mmg tahun ni kita raya sakan...tapi sedey skek sbb tahun ni tahun 1st mok tak dop..trase sunyi tanpa dia... ..so tahun ni tahun 1st balik kg g pusara arwah mok...smpaikan pusara arwah tok ayoh tk smpat g..tp dari jauh ku kirimkan sedekah al-fatihah....
anyway gambr kawin k.su tu...hehe...nice shoot...kakaka...pade muko abe ipor eden...ngeh2..abeh gabung bahasa...
to MH...i wonder who u r...hehehe...klo sudi bg la email..le la contct2 ... ...sbb u ni da 2 tahun baca page dia...msti byk da tau psl dia...why not kali ni ktorg lak tau psl u...tk kisah la u ni laki ke p'puan ke...asal dpt jalin ukhwah sesama insan
Wed 15-Oct-2008 08:02
Posted by:digazzet cardselamber@yahoo.com
moste...tok mi eksyen cm tu umah dia kt banggol kulim...heheehe Wed 15-Oct-2008 08:04
Posted by:digazzet cardselamber@yahoo.com
Insya-Allah, kelak saya akan beri e-mel. Saya pembaca tetap fotopages wan noor wan ahmad, dan mengenalinya melalui fotopages ini. Betul, jalinkan ukhwah sesama insan. Sama-sama kita tungg wan noor wan ahmad update fotopages ini. Thanks. Wed 15-Oct-2008 10:22
Posted by:MH
View all 5 comments Add comment


Friday, 26-Sep-2008 17:42 Email | Share | | Bookmark
Celoteh sebelum balik Raya Aidilfitri 2008

Alhamdulillah.. My bosses banyak kasi moral support for me to move further. Nasib baik la mereka ni jenis memahami keterbatasan waktuku.. Namun, dalam masa yang sama.. kita tak boleh 'take for granted' di atas kelonggaran yang diberikan ni I am looking a room for improvement.. hehe, adakalanya, kita memang sangat memerlukan feedback dari bos, dari staff kita.. untuk muhasabah diri agar segala yang diamanahkan diselesaikan dengan sempurna.. Risau jugak if feedback boleh mematahkan semangat, but just think those feedback as 'constructive comments' and of course it will help me to improve myself.. itu kata2 my bosses..



U guys sure pelikkan? Why I keep telling my bosses.. heheh.. Sebab, sekarang ni.. ada ramai bos la Rasa rendah diri masih lagi menebal dalam diri, tetapi amanah tetap amanah.. kerja tetap kerja.. Bos nak kata good ke.. excellent ke.. Or, bad ke.. worst ke... as long aku boleh improve myself.. Banyak tips dari bos sepanjang meeting petang tadi.. Sampai dia menyuarakan padaku, 'if you gonna be a manager one day, u might need to follow this xxxxxx' hahaha, dalam hati aku tergelak kecil.. ada pulak bos kata aku jadi Manager? hahah, Manager tu.. 1 benda diluar jangkaan aku .. [but, who knows..... Allah knows...]

Memang hectic day petang tadi.. maklumla .. last day before long vacation.. Ada banyak hal yg kene handover, submit itu ini.. biasalah tu.. at least, ada something yang menyebabkan diri sibuk.. hihi..

Seperti entri sebelum ini, aku menjanjikan dalam masa 2 minggu, aku boleh siap coaching 55 org & siapkan asigment ..

Coaching bertambah dari 35 orang ke 55 orang disebabkan my colleague tak sihat, undergo for operation due to blood clog dekat mata dia, so I cover dia punya staf jugak.. Pening jugak mula2 tu nak sesuaikan keadaan dengan new staff & workload yang tiba2 bertambah 80%.. Untuk siapkan assignment courseware ni... apa taknya, macam2 kesulitan timbul, tapi tetap sabar & tabah.. Berpegang kata2, 'dun give up no matter what'... itulah kekuatanku.. Allah nak uji kita sikit je, tapi hikmah disebaliknya, kita tak tahu...



Alhamdulillah.. syukur sekali lagi.. macam tak percaya.. aku betul2 boleh siap.. then, itulah sebenarnya kapabiliti kita.. Sebelum kita cuba buat sesuatu, mungkin kita akan merasakan kita TAK MAMPU harunginya.. but then, we have to be strong.. Yeay.. Dengan izin dari-Nya, insya Allah... semuanya pasti selesai.. yang penting, niat kita menyelesaikan kerja2 ini sebagai 1 ibadah.. Amin.. 1 ibadah je ke? hehe, tak dapat extra ek?

Ok la.. dah ngantuk nak celoteh panjang.. Gonna sleep now.. after presentation esok, nak balik Kelate.. Oh, saat-saat yang dinantikan akhirnya kunjung tibaaa.... Chow... Zzzzzzzzzzzzz..

Get happiness out of your work or you may never know what happiness is. Tengoklah iklan Pertonas, (walau saya tahu awak orang Shell) Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Sat 27-Sep-2008 03:26
Posted by:MH
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.